Kelas Mahir Baiki Gadget

11 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 10 November 2025, telah diadakan Kelas Mahir Baiki Gadget bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi kelas bermula dari jam 9:30 pagi hingga 11:00 pagi.

Kelas mahir ini dijalankan secara atas talian. Peserta mahir perlu hadir ke NADI dan log masuk ke dalam sistem MTS Mahir dan memilih course masing-masing. Peserta boleh mendapatkan modul pembelajaran melalui sistem MTS. Setelah selesai kelas peserta perlu menanda kehadiran dalam sistem MTS. Peserta Mahir baiki gadget perlu menghantar tugasan dalam bentuk video atau laporan bergambar dalam fail pdf ke dalam sistem MTS.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali